Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, seluruh umat Islam di serata dunia akan menyambut kehadiran bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.
Seperti kebiasaan, juadah yang dimasak atau dihidangkan pada bulan puasa selalunya agak berlainan dari hari-hari biasa.
Mungkin buat ibu bapa, tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengalakkan anak mereka bangun sahur selain berasa gembira berpuasa walaupun pada usia yang muda.
Antara yang menjadi tumpuan sepanjang Ramadan adalah keunikan bazarnya!
Penulis berani jamin, pasti setiap daripada kita, pada setiap tahun tidak pernah melepaskan peluang pergi ke bazar Ramadan untuk merasai sendiri kepelbagaian lauk-pauk dan juadah yang disediakan.
Bukan masyarakat Melayu sahaja yang teruja, malah rakyat berbilang kaum di Malaysia ini tidak turut sama merasai kemeriahan bazar pada saban tahun.
Antara bazar-bazar Ramadan yang sentiasa menjadi tumpuan ialah di Taman Melawati, Shah AlamSeksyen 13, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Chow Kit, Pantai Dalam dan Bandar Baru Bangi.
Pelbagai keistimewaan juadah yang disediakan yang pastinya bisa mengecurkan air liur setiap yang melihatnya.
Di bawah, MYNEWSHUB.MY senaraikan top 10 makanan yang wajib dibeli semasa bulan Ramadan.
Nak membeli boleh, tapi jangan sampai membazir ya! – MYNEWSHUB.MY
1. Ikan Bakar
2. Ayam Percik
3. Tepung Pelita
4. Nasi Kerabu
5. Nasi Ambeng
6. Popiah Basah
7. Air Katira
8. Roti John
9. Bubur Lambuk
10. Kurma
sumber: http://mynewshub.my/main
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment