Kerana Ingin Lawat Arwah Bapa Buat Kali Terakhir, Ibu Mengandung 'Dihalau' AirAsia

[x]

Kerana Ingin Lawat Arwah Bapa Buat Kali Terakhir, Ibu Mengandung 'Dihalau' AirAsia

on Sunday, 22 June 2014


Sepang – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sebelum ini telah menerima pelbagai kecaman khususnya para pengguna media sosial berikutan mutu perkhidmatan yang mengecewakan serta sikap sambil lewa khususnya dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.

Terbaru syarikat penerbangan tambang murah itu sekali lagi disifatkan gagal menggunakan logik akal dan budi bicara yang waras hanya kerana ingin mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan apabila ‘menghalau’ penumpang yang ingin menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir.
Pasang suami isteri dan anak yang bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan sejurus selaps mendapat berita kematian ayahnya itu, tidak dibenarkan menaiki pesawat tersebut atas alasan melanggar syarat penerbangan yang ditetapkan.
Menurut pasangan terbabit, Air Asia enggan membenarkan mereka menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu malam tadi kerana isterinya sedang mengandung 7 bulan.
Salah seorang pengguna Facebook, Anuar Ahmad yang secara kebetulan berada di ditempat kejadian turut mempersoalkan tindakan AirAsia itu.
“Perjalanan dari Seoul ke KL menaiki MAS selama 5 jam berjalan lancar.
“Di KLIA mereka melepasi semua kawalan keselamatan pihak berkuasa airport. Malangnya dihalau keluar dari kapal terbang oleh pilot atas alasan si isteri mengandung dan akan masuk 7 bulan, kesian melihat pasangan ini yang tak sempat menatap wajah arwah bapa yang telah dikebumkan.
“Apalah sangat perjalanan 40 minit ke KT berbanding 5 jam yang dibenarkan oleh MAS.. Untuk itu walaupun MAS rugi, pujian saya pada staf MAS yang punyai rasa kemanusiaan yang tinggi” ujarnya semalam.
Wartawan SuaraTV cuba menghubungi pegawai komonunikasi korporat AirAsia bagi mendapatkan maklumbalas berhubung insiden tersebut, namun gagal kerana ‘bukan masa
AirAsia sebelum ini pernah dikritik hebat apabila gagal memberikan bantuan yang sewajarnya berhubung insiden malang yang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, yang dilarang menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

sumber: http://awesomernews.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved