Isu Budak OKU Terabai, Wardina Bandingkan Kerajaan Malaysia & Australia

[x]

Isu Budak OKU Terabai, Wardina Bandingkan Kerajaan Malaysia & Australia

on Monday, 23 June 2014

Ya isu budak OKU yang dibiarkan terabai sehingga kurus-kering nampak tulang dan diselaputi najis sememangnya menjadi isu paling hangat dibicarakan hujung min Tak sangka boleh sampai ke tahap macam ini. Banyak pihak yang menyalahkan emak kepada Firdaus kerana sampai hati membiarkan anaknya sebegitu rupa. Abang Nara pun tak sangka ada emak yang sanggup buat darah daging jadi seteruk itu.

Tampil memberi komen mengenai isu ini, Wardina telah membuat perbandaingan mengenai sistem penjagaan OKU antara kerajaan Malaysia dan Australia. Agak menarik juga perbandingan yang dilakukan. Mungkin kerajaan Malaysia boleh pergi mempelajari sesuatu daripada Australia. Tulis Wardina:-

Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,”

Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah.
\
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved