Ruan Tang, Nenek 80 tahun mempunyai kebiasaan yang unik, iaitu membunuh lalat. Kebiasaan itu bermula sejak dirinya bersara, kira-kira 14 tahun yang lalu. "Membunuh lalat adalah cara terbaik untuk membuat diri saya berguna bagi orang lain, dan kini saya melakukannya setiap hari," kata Ruan kepada Daily Mail.
Ruan kini telah menjadikan kegiatan membunuh lalat sebagai hobi. Dia bahkan menghabiskan rata-rata 8 jam sehari untuk membunuh lalat. Menurut Ruan dirinya mampu membunuh kira-kira 1,000 lalat per hari.
Meskipun yang dilakukan Ruan dikatakan aneh, dia telah dianggap sebagai wira di bandarnya. Menurut sebuah akhbar tempatan di China, lalat dianggap sebagai musuh manusia, dan Ruan telah berjaya membebaskan penduduk tempatan dari gangguan lalat.
sumber:http://kekuncitetikus.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment