Lama betul tak dengar cerita mengenai pelakon, Azhar Sulaiman. Namun tiba-tiba hari ini nama beliau tersiar di media sosial gara-gara satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya. Azhar ada mengeluarkan kenyataan di status laman sosial Facebook miliknya yang dia mahu berjumpa dengan cikgu sekolah anaknya, Andika Rees kerana guru berkenaan didakwa telah menampar anaknya sebanyak 10 kali.
Sudah tentu ramai yang terkejut dengan status tersebut. Lagi terkejut apabila guru berkenaan didakwa menampar anaknya sebanyak 10 kali. Banyak betul. Kesalahaan apa sehingga membuatkan cikgu tersebut berbuat demikian?
Ini antara status yang dimuat naik Azhar ke akauan Facebook miliknya:
Namun, status itu sudah pula tiada, mungkin sudah dipadamkannya setelah ianya menjadi viral di media sosial. Kalaupun ada masalah dengan guru berkenaan, tak perlulah muat naik status begitu. Apapun harap Azhar tidaklah cepat melenting dan dia seharusnya menyiasat dahulu apa yang berlaku sebelum mengambil apa-apa tindakan.
sumber: http://aiskosong.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment