Jimmy Shanley Kongsi Gambar Honeymoon Dengan Isteri

[x]

Jimmy Shanley Kongsi Gambar Honeymoon Dengan Isteri

on Saturday 21 June 2014


Rasanya tidak terlambat untuk ucapkan tahniah kepada pengacara Jimmy Shanley di atas perkahwinan kali keduanya bersama seorang wanita muda bernama Mariam yang selamat diijabkabulkan pada 7 Jun lalu.

Dengar sejak berkahwin, Jimmy masih lagi bercuti dan dia kini bersama isteri sedang berbulan madu.

Biasalah kalau lepas kahwin, pasti pengantin baru tidak lepaskan peluang untuk berbulan madu sebelum mula bekerja kembali.

Tapi dengarnya jauh juga mereka pergi Honeymoon ni. Malah dari gambar-gambar yang dikongsi oleh Jimmy dia seperti berada di beberapa negara seperti Itali, Monaco dan Qatar.

Namun dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi itu hanya satu gambar sahaja dia bersama isteri dan yang lain hanyalah gambar pemandangan serta bandar yang dikunjungi.

Tak tahu mengapa Jimmy tidak banyak memuat naik foto bersama isteri. Mungkin Jimmy tak mahu wajah isterinya selalu didedahkan kepada awam ke?Hanya Jimmy sahaja yang tahu.

Apa-apa pun, doakan agar perkahwinan Jimmy kali ini berkekalan hingga ke Jannah hendaknya.
sumber: http://artismeletop.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved