Rakan serumahnya, Mohd. Norhaffiz Mohamad, 24, yang melakukan carian menerusi laman sosial Facebook turut memaklumkan bahawa Ady yang bekerja sebagai promoter Unifi di sini seorang yang perahsia dan suka mengurungkan diri dalam bilik.
Mohd. Norhaffiz yang merupakan seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara bersama pihak polis sudah menggeledah bilik dan juga barangan peribadi milik Ady namun tidak menemui sebarang nombor telefon keluarga atau waris yang boleh menuntut jenazahnya.
"Saya mula mengenali dia sejak berpindah ke rumah sewa ini Ogos tahun lalu namun kami tidak banyak berbual dan dia seorang yang pendiam selain suka menyendiri.
"Ketika dia mengerang kesakitan empat hari lalu, saya memaklumkan pada majikannya sebelum dia dibawa untuk mendapatkan rawatan ke HTAR dan dilaporkan koma dan meninggal dunia pagi semalam," katanya.
Menurut Mohd. Norhaffiz, dia sudah membuat laporan polis dan meminta bantuan daripada rakan-rakan sebelum membuat hebahan di Facebook melalui akaunnya, Aku Pelik.
"Sesiapa yang mengenali Ady atau waris keluarganya, saya minta mereka menghubungi saya di talian 013-5321224 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.
Seorang pengguna Facebook turut memberi cadangan kepada Norhaffiz supaya menggunakan cap jari arwah untuk mengesan alamat terakhir beliau di JPN.
Dalam pada itu, Mohd. Norhaffiz turut meminta orang ramai tidak menambah apa-apa info atau maklumat berkenaan rakan sebiliknya itu. Katanya terdapat individu telah mengubah maklumat tanpa diketahui tujuannya.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment