Chef masak nasi guna minyak petrol

[x]

Chef masak nasi guna minyak petrol

on Saturday, 21 June 2014


Ratusan pengunjung sebuah restoran di ibu negara Guinea dimasukkan ke hospital akibat keracunan selepas dipercayai memakan nasi yang dimasak dengan menggunakan minyak petrol.

Doktor yang enggan dikenali memberitahu, kesemua 114 mangsa dilaporkan mengalami sakit perut, cirit birit dan muntah setelah menikmati hidangan di restoran tersebut lapor AFP.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian chef yang menggunakan petrol untuk menyediakan hidangan nasi berkenaan," katanya.

Susulan kejadian itu, keadaan dihospital berkenaan kecoh seketika apabila ramai pesakit dan pelawat lain mengesyaki kehadiran mangsa keracunan adalah disebabkan wabak Ebola.
Sumber: Sinar Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved