Ngeri… ‘Telur’ Pecah Gara-Gara Kemalangan Basikal

[x]

Ngeri… ‘Telur’ Pecah Gara-Gara Kemalangan Basikal

on Monday 23 June 2014


Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Huadu, Guangdong, China mungkin menghadapi masalah ‘kesuburan’ selepas ini disebabkan satu kemalangan ngeri yang menimpanya, Isnin lepas.

Kemalangan yang berpunca daripada kegagalan brek basikal ini bukan sahaja mengakibatkan Xiao Pan melayang ke sebatang pokok dan patah tangan tetapi lebih teruk daripada itu, buah zakarnya pecah hingga terkeluar testikel.

Akibatnya dia mengalami pendarahan teruk namun bernasib baik apabila pihak yang membantunya tidak lupa untuk membawa bersama testikel yang terkeluar untuk dijahit kembali ke tempat asalnya.

Selepas menjalani pembedahan doktor berjaya memasukkan kembali testikel Xiao Pan. Bagaimanapun, doktor menyatakan dia mungkin mengalami masalah kesuburan yang belum dapat ditentukan pada masa depan meskipun insiden ini tidak memberi kesan pada kehidupan seksnya.



Apa yang dikesalkan, di saat Xiao Pan terlantar kesakitan keluarganya menyuarakan kebimbangan jika kemalangan ini akan menjejaskan peranannya meneruskan tradisi Guangdong di mana anak lelaki sulung mesti mempunyai zuriat sebagai penyambung keturunan.

Malah ibunya dilaporkan berkata, jika berlaku sesuatu dia tidak mempunyai air muka lagi untuk hidup dan berhadapan dengan masyarakat. 
sumber:mynewshub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved