RASANYA, ketibaan cahaya mata pasangan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari adalah antara berita yang cukup dinantikan oleh para peminat mereka.
Berada pada minggu kehamilan yang ke-34, Scha kini boleh dikatakan hanya menunggu masa sahaja untuk bersalin.
Terbaru menerusi Murai.com, pasangan itu mengesahkan yang mereka bakal menerima bayi perempuan dan diumumkan secara eksklusif sewaktu program HLive!, malam tadi.
Ditanya mengenai nama, Scha memberitahu yang mereka mungkin akan memberikan nama yang lebih klasik seperti Zara, Cempaka atau Melur.
Pada masa yang sama, Awal turut bercerita mengenai rancangan berpantang isterinya nanti.
“Saya cadangkan Scha berpantang selama 100 hari. Tapi semuanya terpulang pada diri dia dan keselesaan dia. Lagipun Scha akan berpantang semasa Aidilfitri nanti.
“Saya kurang pasti jika dia boleh elak godaan ketupat, rendang dan minuman bergas,” katanya.
Apapun, kami doakan semoga segalanya dipermudahkan buat pasangan ini untuk menimang cahaya mata sulung mereka.
sumber: MYNEWSHUB.MY
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment