Video Samseng Lebuh Raya Karak Vios Vs Myvi

[x]

Video Samseng Lebuh Raya Karak Vios Vs Myvi

on Wednesday 11 June 2014

Rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa serta adat ketimuran dan kesabaran tinggi dimata pelancong asing. Namun pelik bila sikap tersebut hilang takkala kebanyakan mereka sedang memandu.

Satu video bertajuk "Video Samseng Lebuh Raya Karak" kini menjadi perhatian masyarakat apabila kelibat seorang pemandu kertea Myvi putih dikatakan telah memecahkan cermin kenderaan keluarga Toyota Vios.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 7 Jun 2014, dimana sebelum itu Myvi putih telah melanggar kereta mangsa iaitu Toyota Vios sebelum tol Karak kerana berhimpit semasa memasuki tol Smart Tag.

Selepas melepasi tol, pemandu Vios yang tidak berpuas hati mengajak pemandu Myvi ke tepi untuk berbincang.

Pemandu Myvi yang berang dikatakan meluru keluar dan serta memaki mangsa sambil memecahkan cermin sisi kereta hingga mengakibatkan kecederaan pada isteri mangsa. Namun begitu, lihat pula pada screen shot dibawah.....


Menurut seorang saksi yang melihat kejadian, semuanya berpunca akibat dari sikap buruk si pemandu toyota Vios sehingga terjadi perlanggaran dan perbalahan dengan Myvi Putih.

Rakaman insiden itu telah mula tersebar di laman sosial pada 9 Jun 2014. Ikuti video tersebut dibawah.
 
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved