Adam AF dan Fiza Sah Bergelar Suami Isteri

[x]

Adam AF dan Fiza Sah Bergelar Suami Isteri

on Thursday 26 September 2013

 Adam AF atau Mohd Aizam Md Saman, 30 dan Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul halim, 32 kini telahpun sah bergelar suami isteri, pada satu majlis yang berlangsung pagi tadi.

Fiza yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin berjumlah RM300 oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapanya, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam.

Kedua pasangan pengantin baru dilihat memilih warna putih sebagai busana pada majlis akad nikah, pagi tadi.

Sebelum ini, penyanyi Adam AF2 mengaku tidak peduli dengan status janda bakal isterinya itu. Keduanya mula menjadi bahan bualan peminat apabila Adam menerusi sebuah kenyataannya mengaku bakal menikahi Fiza pada hari Selasa lepas (24 September). Ini sekaligus mengejutkan seluruh industri hiburan kerana sebelum ini mereka berdua tidak pernah digosipkan bersama.

"Saya sudah bersedia Insya-ALLAH, harap semua pihak dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," kata Adam AF lagi.




sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved