Anang dan Ashanty bersama anak, Azriel dan Aurel.
Impak kemalangan yang menimpa anak bongsu Ahmad Dhani dengan bekas isterinya, Maia Estianty, Ahmad Qodir Jaelani menyebabkan penyanyi Anang Hermansyah melarang dua anaknya, Aurel dan Azriel memandu kereta.
Menurut isterinya, Ashanty, sebelum kejadian yang menimpa Dul, suaminya tidak kisah anak hasil perkongsian hidupnya dengan Kris Dayanti memandu ke pusat beli-belah. Tetapi sekarang, Anang bersikap lebih tegas.
“Kemalangan yang menimpa anak Ahmad Dhani membuatkan kami lebih berhati-hati menjaga Aurel dan Azriel. Kemalangan itu adalah satu pengajaran yang berharga buat kami agar tidak membiarkan anak bebas memandu kereta.
“Walaupun Aurel sudah pun berada di bangku sekolah menengah atas, dia masih dihantar pemandu ke mana saja. Mereka tidak boleh memandu sebarangan,” kata Ashanty.
Tambah Ashanty, Aurel pernah meminta Anang membelikannya kereta. Bagaimanapun, selepas kemalangan menimpa Dul, Anang membatalkan niat menghadiahkan kereta kepada puteri sulungnya itu.

“Tunggulah apabila umur mencecah 17 tahun dulu. Selepas apa yang berlaku kepada Dul, dia tak boleh memiliki kereta,” kata Anang pula yang sempat meluangkan waktu menziarah Dul di Rumah Sakit Pondoh Indah, Isnin lalu.
sumber : http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment