Bayi 5 Bulan Mati Terhimpit

[x]

Bayi 5 Bulan Mati Terhimpit

on Friday 20 September 2013


Seorang bayi berusia lima bulan maut akibat kecuaian ibu ketika berada di Lapangan Terbang Alicante-Elche, Sepanyol.

Mangsa diletakkan di atas tali sawat pengangkut untuk beg bersaiz besar.

Menurut pekerja keselamatan lapangan terbang, dia mendapat tahu, bayi berkenaan mati terhimpit setelah diletakkan di atas tali sawat penghantar itu.

Ibunya dipercayai mahu mengambil barang ketika kejadian sekitar waktu tengah malam.

Jurucakap lapangan terbang berkata, ibu mangsa berlepas dari London bersama bayi dan seorang anak kecil.

Ayahnya pula menunggu di luar untuk menyambut kedatangan mereka.

Pihak pegawai kecemasan dan lapangan terbang bagaimanapun tidak menerangkan secara lanjut mengenai insiden.
sumber: http://www.tv3.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved