Sherry Ibrahim Patahkan Hati Penyanyi Indonesia?

[x]

Sherry Ibrahim Patahkan Hati Penyanyi Indonesia?

on Friday 20 September 2013


Entahlah, Murai Batu pun kurang faham dengan apa yang sedang dialami oleh pelakon drama cantik Sherry Ibrahim pada waktu ini. Seingat Murai Batu, sejak kembali aktif berlakon, dia secara terbuka telah mendedahkan hubungan cintanya dengan seorang jejaka kacak dari Mauritius.

Walaupun mereka berada jauh sesama sendiri, tetapi cinta jarak jauh yang dialami mereka berdua itu sangat utuh dan sukar untuk ditukar ganti. Bagaimanapun, sekarang khabarnya, seorang penyanyi kacak berasal dari pulau Bali, Indonesia yang dikenali sebagai Gusti Arya nampaknya telah patah hati dengan Sherry Ibrahim kerana cinta mereka yang tidak kesampaian.

Murai Batu agak terkejut apabila mendengar cerita ini kerana ianya sama sekali tidak masuk akal. Mana mungkin Sherry boleh melukakan hati penyanyi berkenaan sedangkan hati pelakon cantik berkenaan sudahpun dimiliki?

Malah seingat Murai Batu, Sherry Ibrahim sangat menyayangi kekasihnya dari Mauritius itu, hingga tidak sanggup menduakan cintanya dengan jejaka lain. Apatah lagi untuk mematahkan hati sesiapa sahaja demi memelihara cinta sejati.

Tapi rasa Murai Batu, mungkin Gusti Arya sendiri yang telah memendam perasaan terhadap Sherry Ibrahim sehingga dia kecewa bila mengetahui cintanya itu tidak dibalas dengan setimpal.

Bagi Murai Batu, perkara seumpama ini memang terjadi apabila ada saja individu yang menyukai kita secara diam-diam tetapi tdiak mengetahuu bahawa hati kita inis ebenarnya sudah dimiliki, sama macam yang dialami Gusti Arya terhadap Sherry Ibrahim.

Bagaimanapun Murai Batu harap agar penyanyi dari Indonesia itu tidak cepat mengalah. Mungkin kalau bukan jodohnya bersama Sherry Ibrahim, mana tahu ada pelakon wanita tempatan lain yang dapat menyanyanyinya.

Murai Batu dikhabarkan juga bahawa Gusti Arya juga sebelum ini pernah mengalami pengalaman putus cinta dengan seorang wanita cantik sehingga menyebabkan dia menjadi workaholic.

Malah dia tidak menyangka pertemuannya bersama Sherry beberapa bulan lalu, mampu mencipta bibit percintaan dan membuatkan hatinya bersedia untuk menerima Sherry sebagai pengganti. Tapi apa yang pasti impiannya itu musnah dan hanya tinggal angan-angan. Dia sedar bahawa impiannya untuk memiliki Sherry sebagai kekasih hati tidak akan kesampaian.

Sudah cukuplah Gusti Arya. Apa yang penting sekarang, jangan cepat mengalah. Bukalah hati untuk menerima cinta yang lain dengan sepenuh jiwa. Mungkin Sherry Ibrahim bukanlah orangnya kerana hatinya kini sudahpun dimiliki.
Sumber: http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved