Gara-Gara Rihanna, 2 Orang Ditangkap Di Thailand

[x]

Gara-Gara Rihanna, 2 Orang Ditangkap Di Thailand

on Wednesday 25 September 2013

                        Rihanna

KUNJUNGAN Rihanna ke Thailand baru-baru ini ternyata menimbulkan masalah apabila dua warga negara tersebut ditahan gara-gara foto Rihanna yang dimuat naik ke dalam Instagram penyanyi itu.

Menurut laporan portal DigitalSpy, ketika berada di Phuket, Rihanna sempat bergambar dengan sejenis tupai bernama Slow Loris dan kemudian memuat naik ke laman sosial tersebut.

Kemudian Rihanna meletakkan kapsyen di bawah foto berkenaan iaitu "Lihat, siapa yang berbisik kata-kata kotor di telingaku."

"Siapa sangka, dengan kapsyen sebegitu dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun ditahan kerana memberikan haiwan tersebut kepada Rihanna," kata sumber.
Foto Rihanna dengan tupai yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Wakil daripada pihak polis negara itu, Weera Kerdsirimongkon berkata, kata-kata Rihanna boleh disifatkan mengancam haiwan berkenaan dimana ia boleh dijatuhkan hukuman empat tahun penjara.

Bagaimanapun Rihanna tidak sempat membuat keterangan memandangkan dia telah meninggalkan Thailand sebelum dua lelaki tersebut ditahan.
sumber :http://mstar.com.my/ 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved