[Gempar] Farid Kamil Terpaksa Belasah Nora Danish

[x]

[Gempar] Farid Kamil Terpaksa Belasah Nora Danish

on Tuesday 24 September 2013



Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menjelaskan yang dia terpaksa memukul dan melakukan kekerasan terhadap Nora Danish dalam filem terbaru mereka berjudul 'Bencinta'.

"Saya memegang watak sebagai Faizal dalam filem ini. Faizal merupakan seorang lelaki yang gemar memukul perempuan. Faizal sering memukul isterinya, Fathia, lakonan Nora. Walau begitu, secara realitinya, saya menentang 100 peratus keganasan kepada pihak wanita. Saya kurang gemar dengan karakter tersebut tapi sebagai pelakon, saya telah cuba merealisasikan watak Faizal dengan sebaik mungkin," jelas Farid ketika ditemui di majlis tayangan filem 'Bencinta' di TGV Sunway Pyramid pada Isnin.

"Cabaran watak ini sangat besar. Saya diberi mandat untuk memukul wanita yang juga merupakan isteri saya. Saya kena berhati-hati dalam melakonkan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak yang memerlukan saya memukul Nora. Apabila kami melakukan babak aksi pukul memukul, Nora telah memberikan sepenuh kerjasama untuk memenuhi tuntutan watak masing-masing," ujar Farid yang pernah bergandingan dengan Nora menerusi filem 'Cuti-Cuti Cinta'.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved