Konsert Awie dan Erra Fazira

[x]

Konsert Awie dan Erra Fazira

on Thursday 26 September 2013


Penyanyi dan pelakon, Awie berharap gandingan terbaharunya bersama Erra Fazira dalam konsert Suara Kita di Istana Budayapada Mac 2014 tidak disensasikan hanya kerana mereka pernah bertunang suatu ketika dahulu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, menegaskan kerjasama yang turut menggandingkan Ziana Zain itu adalah atas dasar profesional.
“Apabila mengambil keputusan untuk mengadakan konsert ini sejarah lama antara saya dan Erra pasti akan menjadi perhatian namun saya berharap ia tidak disensasikan. “Kerjasama ini hanya semata-mata atas dasar profesional. Saya dan dia sudah mempunyai kehidupan masing-masing, sejarah lama tidak perlu diungkit lagi,” katanya. Tambah Awie, isterinya, Ruzana Misbun juga tidak mempunyai sebarang masalah tentang kerjasama tersebut dan memberi keizinan untuk berbuat demikian.

Malah kata Awie, Ruzana juga teruja dengan gabungan itu kerana turut mengagumi bakat lakonan dan nyanyian Erra. Erra bersetuju untuk bersama-sama menjayakan konsert Suara Kita di Istana Budaya pada Mac 2014. “Sebelum saya buat sesuatu, saya akan bincang dengan isteri termasuk mengenai konsert ini. Dia sangat profesional dan tidak melarang kami bergandingan,” ujarnya. Dalam perkembangan sama, Awie berkata, dia berbincang dengan Erra mengenai konsert tersebut ketika pelakon itu muncul dalam program kendaliannya iaitu Tunggu Sekejap terbitan TV3 awal tahun ini.

Bercakap lanjut mengenai konsert berkenaan, Awie berkata, dia ingin mengadakan konsert tersebut untuk mengembalikan nostalgia peminat dengan membariskan lagu popular daripada filem lakonan ketiga-tiga mereka. Selain Awie dan Erra, Ziana bakal memeriahkan konsert berkenaan. Selain persembahan nyanyian, dia juga merancang untuk mengadakan slot teater muzikal pada konsert itu bagi memberikan kelainan.
Sementara itu sibuk merancang konsert berkenaan Awie kini sedang giat menjalani latihan untuk pementasan teater Supermokh yang bakal mengangkat kisah kehidupan legenda bola sepak Asia, Datuk Mokhtar Dahari yang bakal dipentaskan di Istana Budaya November depan.
Sumber : mStar.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved