
Kris Humphries ketika masih bersama Kim Kardashian
PEMAIN bola keranjang Kris Humphries dilaporkan telah menjual cincin berlian pertunangannya dengan Kim Kardashian pada tahun 2011.
Pasangan yang bertukar-tukar ikrar dalam sebuah majlis mewah pada Ogos 2011 itu bagaimanapun berpisah selepas 72 hari menjadi suami isteri.
Seperti dilaporkan contactmusic.com, cincin tersebut telah dijual di sebuah laman web lelong terkenal di dunia.
Bagaimanapun, pemilik web lelong itu enggan mengesahkan identiti penjual tersebut.
Perceraian Kim dibuat secara sah pada Jun lalu iaitu beberapa minggu sebelum kelahiran anak perempuannya, North West hasil hubungan dengan penyanyi Kanye West.
sumber : http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment