Mat Rempit Mengamuk di Taman Air Biru, Pasir Gudang

[x]

Mat Rempit Mengamuk di Taman Air Biru, Pasir Gudang

on Monday 23 September 2013

Seorang lelaki terkejut apabila melihat sekumpulan mat rempit tiba-tiba mengamuk ketika beliau bersama orang ramai lain sedang menonton perlawanan bolasepak.

“Saya sangka mereka nak sama-sama menonton perlawanan bola sepak di televisyen, tapi terkejut apabila seorang daripada mereka menjerit ‘serang’ diikuti puluhan lelaki meluru bersenjatakan parang, pedang samurai, kayu dan besi.”

Menurut kata Ed Baela Muhalajah, 30, seorang daripada mangsa serangan sekumpulan 100 mat rempit yang menunggang 50 motosikal di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan samseng jalan raya itu kemudiannya turut menyerang sebuah restoran mamak, mencederakan seorang orang awam dan menyamun seorang gadis di luar sebuah restoran makanan segera di sekitar Taman Air Biru.

Ed Baela yang juga Ketua UMNO cawangan Taman Air Biru, Jalan Perjiran 9, di sini, berkata, kejadian serangan itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam.

Menurutnya, ketika itu dia bersama sekumpulan penduduk menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi skrin televisyen membabitkan saingan Liga Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Selangor PKNS.

#Pergaduhan antara kampung Taman Air Biru dan remaja disekitar kampung/taman berdekatan sering berlaku, ianya juga pernah disiar di youtube juga laman web. Nampaknya sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaiannya.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved