Haliza Misbun Terima Hadiah Kondo RM2 Juta

[x]

Haliza Misbun Terima Hadiah Kondo RM2 Juta

on Monday 23 September 2013

Sebelum ini pernah juga terdengar kenyataan dari Haliza Misbun yang berkahwin itu membosankan. Namun terkini, menerusi Bipop semalam, Haliza telah menerima hadiah dari kekasih hati iaitu sebuah kondo yang bernilai RM2 juta sempena hari jadinya yang ke 40 pada 14 Mei lalu.


Memetik kenyataan beliau, Haliza yang dilihat agak serius bercinta dengan kekasihnya itu berkata,

I really honestly love this man so much. Dia memberikan cinta yang tulus dan suci yang tak ternilai harganya jika dibandingkan dengan harta benda dan wang. Dia orang yang paling rapat dengan Liza sejak dua tahun kebelakangan ini. Orangnya lebih dewasa daripada Liza. Kebijaksanaan dan kematangannya itu sangat istimewa di mata Liza.

Dia orang Melayu dan ahli perniagaan. Dia suka bermain golf. Liza serahkan soal jodoh kepada Allah. Jika Allah temukan jodoh, Insya Allah Liza ingin berkahwin. Kepada semua yang sering bertanya bilakah Liza akan berumah tangga, Liza ucapkan terima kasih kerana mengambil berat.

Liza melihatnya sebagai suatu doa. Bagi Liza sendiri, apa jua ketentuan Allah, Liza terima dengan hati yang terbuka dan redha kerana yang penting kita bahagia, sama ada masih solo atau sudah berumah tangga.

Apapun, ramai peminat sebenarnya ingin melihat beliau berkahwin serta mempunyai keluarga dan zuriat seperti orang lain. Di harap cinta Haliza bersama jejaka misteri ini akan terus kekal hingga ke jinjang pelamin.
sumber ; Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved