Nora Danish Anak Emas Eyra Rahman?

[x]

Nora Danish Anak Emas Eyra Rahman?

on Wednesday 25 September 2013


Pengarah muda, Eyra Rahman muncul dengan filem arahan ketiganya, ‘Bencinta’ yang akan ditayangkan di layar lebar pada 26 September ini. Sama seperti dua filemnya sebelum ini iaitu ‘Aku Terima Nikahnya’ dan ‘Dua Kalimah’, Eyra menggunakan khidmat Nora Danish sebagai heroin. GUA difahamkan bahawa filem keempat yang bakal diarahkannya, ‘Pengantin Malam’ juga dibintangi Nora. Sehubungan itu, GUA mendapatkan penjelasan Eyra mengapa dia memilih Nora untuk dijadikan pelakon utama dalam setiap filemnya.

“Bagi saya, ada sesuatu dalam diri Nora yang menyebabkan saya memilihnya. Perkara itu terdapat dalam diri Nora dan sepatutnya ditonjolkan daripada dulu lagi. Saya nampak dia bukan sahaja boleh membawa satu jenis karakter malah sebenarnya dia boleh membawakan pelbagai karakter lain sebab dia ada semangat dan ada sesuatu di dalam dirinya yang membuatkan dia boleh melakonkan pelbagai watak dengan berjaya,” jelas Eyra ketika ditemui usai Majlis Tayangan Filem ‘Bencinta’ di TGV Sunway Pyramid pada Isnin.

Bercakap mengenai filem terbarunya, ‘Bencinta’, filem ini menampilkan gandingan Nora, Farid Kamil, Uqasha Senrose dan Qi Razali. Eyra menjelaskan antara cabaran dalam mengarahkan filem ini ialah dia harus mengarahkan babak aksi pukul memukul antara Nora dan Farid.

“Filem ‘Bencinta’ ada babak-babak yang memerlukan Nora dan Farid beraksi lasak, pukul memukul dan sebagainya. Farid pernah ada pengalaman dalam melakonkan filem-filem yang bercorak aksi tapi tidak bagi Nora. Bukan perkara yang senang untuk Nora, jadi semangatnya perlu kuat untuk melakonkan watak seperti itu. Tapi Alhamdulillah, mereka dapat menampilkan apa yang saya inginkan,” cerita pengarah muda ini lagi.

Ketika diminta mengulas adakah filem ini mencedok idea dari filem Hollywood yang berjudul ‘Enough’ lakonan Jennifer Lopez dan Billy Campbell, Eyra ada penjelasan tersendiri mengenai perkara ini.

“Isu itu agak hangat sekarang ini. Bagi saya, apa yang ingin saya angkat melalui filem ini adalah isu keganasan terhadap wanita. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tapi di serata pelusuk dunia. Selepas itu, dalam perbincangan kami mengambil sedikit konsep dalam filem tersebut dan dari situ kami membuat perubahan. Kami selaku tenaga produksi mencorakkan cerita itu dengan cara kami dan hasilnya boleh dilihat sendiri dalam filem 'Bencinta' ini,” jelas Eyra mengakhiri perbualan.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved