Pelakon Nicole Kidman Dilanggar Motosikal

[x]

Pelakon Nicole Kidman Dilanggar Motosikal

on Saturday, 14 September 2013

Ketika kejadian, Kidman sedang berjalan di atas karpet merah sempena majlis sambutan ulang tahun ke-10, Francisco Costa sebagai pengarah kreatif wanita daripada Calvin Klein Collection.
Nicole Kidman

PELAKON jelita, Nicole Kidman mengakui masih gementar selepas dilanggar motorsikal ketika melalui jalan pejalan kaki, semalam.

Ketika kejadian, Kidman sedang berjalan di atas karpet merah sempena majlis sambutan ulang tahun ke-10, Francisco Costa sebagai pengarah kreatif wanita daripada Calvin Klein Collection.
Sebelum itu, pelakon yang berusia 46 tahun itu sedang ditemuramah wartawan The Associated Press (AP) di luar hotel apabila secara tiba-tiba penunggang motorsikal berkenaan melanggarnya dan menyebabkan dia terjatuh.

Kidman menambah: "Saya OK. Selepas dilanggar, saya bangun dan berjalan setempat tetapi saya menggeletar."

Jabatan Polis New Yok kemudiannya telah menahan penunggang motorsikal yang berusia 19 tahun itu dan mengeluarkan tiga saman kepadanya termasuk menunggang motorsikal di kaki lima, menunggang tanpa topi keledar serta memandu melulu.
sumber ; Sinar Harian


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved