Saida Tak Jadi Mengerjakan Ibadah Haji

[x]

Saida Tak Jadi Mengerjakan Ibadah Haji

on Monday 23 September 2013


Penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin, 38, mendedahkan harapannya untuk mengerjakan ibadah fardu Haji pada tahun ini tidak kesampaian.

“Selepas tujuh tahun saya mendaftarkan nama untuk mengerjakan Haji dengan pihak Tabung Haji, saya terpilih untuk mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut pada tahun ini. Namun begitu, saya terpaksa menangguhkan hasrat saya. Ini kerana ketiadaan mahram untuk menemani saya ke sana. Adik beradik lelaki saya tidak boleh menemani saya kerana mereka sudah mengerjakan Haji dalam jangka masa lima tahun ini,” cerita Saida ketika dihubungi oleh pihak GUA.

“Mengikut peraturan Tabung Haji, mereka yang pernah mengerjakan Haji hanya akan dibenarkan untuk mendaftar Haji semula selepas lima tahun dari tahun mereka menunaikan ibadah tersebut. Ini adalah untuk memberi peluang kepada jemaah yang belum menunaikan Haji lagi,” jelas kakak kepada penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza ini.

Saida menjelaskan dia sebenarnya sudah menyiapkan segala persiapan dan kelengkapan untuk menunaikan ibadah tersebut. Dengan kesulitan yang dihadapi, penyanyi ini menganggap bukan rezekinya untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini.

“Semua kelengkapan dan persiapan saya telah lakukan. Namun begitu, hasrat saya tidak kesampaian. Saya hanya rasakan belum rezeki saya untuk ke sana. Saya tidak berasa sedih, saya cuma berserah sahaja kepada Allah,” ulas Saida yang kini tampil lebih anggun dengan berhijab.

“Tuhan itu maha mengetahui. Saya manusia hanya merancang, tapi Tuhan yang tentukan. Saya hanya menerima berita ini dengan hati yang terbuka. Saya hanya banyakkan berdoa sahaja. Mungkin rezeki saya pada tahun seterusnya. Tahun hadapan mungkin abang sulung saya boleh ke sana, jadi saya akan pergi mengerjakan Haji dengan dia sebagai mahram, Insya-Allah,” tutur Saida lagi.

Saat diusik mengenai teman hatinya, Saida menjelaskan yang dia belum lagi terfikir untuk berumah tangga semula selepas berpisah dengan suaminya pada tahun 2011.
sumber :http://www.gua.com.my/ 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved