"Saya Dan Wawa Zainal Sekadar Sahabat Baik" - Aeril Zafrel

[x]

"Saya Dan Wawa Zainal Sekadar Sahabat Baik" - Aeril Zafrel

on Wednesday 25 September 2013

Siapa tak kenal dengan pelakon yang tengah popular sekarang ni dengan drama Cinta Jannah iaitu Aeril Zafrel. Macam biasa la kalau pelakon tu sedang popular pasti ada cerita yang kurang enak untuk didengar. Dah macam lumrah kehidaupan hidup sebagai seorang selebriti.

Baru-baru ini kami dengar bahawa Aeril telah berkahwin dengan pelakon wanita iaitu Wawa Zainal dan dikatakan Wawa sedang hamil di kampung halamanya di Sabah. Namun Aeril telah menafikan khabar angin tersebut menerusi temubualnya bersama wartawan Kosmo.

Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipulah kalau kata kami tidak berjumpa.
Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi sekarang dia berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat. Di sini saya ingin memohon tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa.

sumber : http://hfzkhazali.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved