Spiderman Di Tangkap Kerana Mencuri Di Kedai Serbaneka

[x]

Spiderman Di Tangkap Kerana Mencuri Di Kedai Serbaneka

on Tuesday 24 September 2013


Seorang lelaki melakukan aksi rompakan dengan menggunakan kostum superhero Spiderman. Pekara itu lantas mengejutkan orang yang melihatnya.

Dipetik dari Huffington.com, Jonathan Hewson, merompak sebuah kedai Atwood di Pittsburgh, Amerika Syarikat (AS), pada Jumat pagi waktu setempat.

Pihak penyiasat mengatakan bahawa, Hewson memasuki Kedai serbaneka sambil berteriak "Berapa banyak wang yang anda ada?" Selepas berjaya mengambil wang hasil rampokannya, ia berlari keluar dari kedai dan akhirnya ia berjaya ditangkap dari satu blok jauhnya dalam masa satu jam.

Seorang teman Hewson, Chris Esposito, berkata bahawa kawannya itu selalu memakai kostum Spiderman dan mungkin ia tidak mungkin merompak kedai.

"Dia bergaul dengan sekumpulan kawan-kawannya, berlarian dengan menggunakan kostum Spiderman. Ini hanya salah faham jika dia dinyatakan merompak sebuah kedai. Dia hanya seorang peminat Spiderman dan dia hanya pelajar kolej yang selalu melakukan hal-hal yang aneh," ujar Esposito.

Hewson didakwa atas tuduhan rompakan, namun dia dibebaskan dengan membayar wang jaminan sebanyak USD50.000 . Hewson juga diperintahkan untuk menjalani penilaian kesihatan mental.
sumber : http://dairishare.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved