Haliza Misbun mengaku bercinta dengan jejaka jutawan

[x]

Haliza Misbun mengaku bercinta dengan jejaka jutawan

on Tuesday 24 September 2013

HALIZA Misbun bersama novel terbaharunya, Cinta Rimau pada majlis pelancaran buku tersebut, di Damansara, Kuala Lumpur hari ini. 

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelakon, Haliza Misbun, 40, hari ini mengakui sedang bercinta dengan seseorang yang boleh dikategorikan sebagai jutawan.

Namun, bagi Haliza, cintanya kepada lelaki yang masih dirahsiakan itu bukanlah kerana harta, sebaliknya kerana sifat rendah diri yang dimiliki lelaki itu.

"Saya mengakui memang sedang bercinta dengan seseorang, tetapi rasa cinta itu bukan kerana harta, sebaliknya kerana sifat rendah diri yang dimilikinya.

"Mengenai langkah seterusnya, saya masih lagi mempertimbangkan. Saya sebenarnya takut terikat bila bercakap mengenai perkahwinan.

"Maksud terikat itu bila saya membuat keputusan, saya risau kebebasan membuat keputusan sendiri akan tersekat," katanya yang ditemui di Publika, Damansara, di sini hari ini.

Terdahulu, Haliza merasmikan novel terbaharunya bertajuk Cinta Rimau yang diterbitkan oleh Merpati Jingga.

Haliza turut mengakui bahawa dia ada menerima hadiah sebuah kondominium bernilai RM2 juta sempena hari jadinya.
sumber : http://www.utusan.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved