Susah Hendak Mendekati Mawar – Fizo Omar

[x]

Susah Hendak Mendekati Mawar – Fizo Omar

on Thursday 19 September 2013

Amboi. Boleh tahan sweet jugak kisah percintaan Fizo Omar dan Mawar ini. Paling best punca Fizo jatuh hati terhadap si gadis ialah kerana kesungguhan dan kekomitedan (ada ke perkataan nie?) menguruskan perniagaan tudung Fareeda.


Kata Fizo Omar kepada Kosmo:-
Susah sebenarnya hendak dekat dengan dia (Mawar). Walaupun status saya sebagai artis. Dia sangat tegas dan komited pada kerjanya. Saya kagum melihat dia menguruskan perniagaan ibunya. Dia bukan jual mahal masa mula-mula saya ingin mendekatinya tetapi dia terlalu komited terhadap kerjanya

Apa pun Abang Nara respek kepada Fizo kerana menunjukkan kejantanan dan tidak berputus asa untuk mendapatkan nombor telefon Mawar sekaligus terus mengorat. Lelaki kena macho dan Fizo memang confirm macho orangnya. Yang menariknya, Mawar turut mengakui cara Fizo Omar berniaga membuatkan dia tertarik kepada lelaki itu. Kata Mawar:-
Saya tidak memandangnya sebagai artis tetapi melihat pada cara dia berniaga. Dia bersungguh dalam kerjanya. Pada masa yang sama, ibu merestui hubungan kami. Saya tidak pernah ada hubungan yang serius sebelum ini. Mama yang banyak nasihat saya supaya tidak terlalu garang dan dia juga melembutkan hati saya untuk menerima Fizo

Kesimpulan yang  dapat buat ialah orang business ini memang ada kriteria lain ketika membuat pilihan calon suami atau isteri. Baguslah tue. Suami isteri perlu saling bantu membantu. Kalau berkahwin sesama sendiri, lagi banyak idea business yang boleh dikembangkan bersama-sama. Semoga segalanya berjalan lancar buat Fizo dan Mawar. Tak sabar pulak nak tengok diorang bersanding.
sumber : http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved