Sebelum ini pernah terdengar desas-desus mengatakan ikatan perkahwinan di antara diva antarabangsa, Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir Abdullah dilanda masalah.
Menerusi laporan BiPop hari ini, pasangan ini dikhabarkan sudah berpisah sejak tahun lalu dan kini Anita atau lebih dikenali sebagai Kak Nita kembali menyanyi di tempat lamanya iaitu di Caesar’s Palace, Las Vegas.
Menurut artikel itu juga, hubungan mereka dikatakan dingin berhubung satu insiden yang mana melibatkan kawan baik Kak Nita sendiri sehinggakan menjerumus kepada masalah rumah tangga pasangan yang dilihat sangat bahagia satu ketika dahulu.
Apa-apa pun, kita tak tahu kesahihan cerita ini kerana ia bukannya keluar daripada mulut empunya badan.
Sama-sama kita doakan agar hubungan Kak Nita dan abang Mahathirnya masih lagi baik seperti sebelum ini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment