Bongkar!! Semua Premis Makanan Di The Spring Kuching Tidak Punyai Sijil Halal

[x]

Bongkar!! Semua Premis Makanan Di The Spring Kuching Tidak Punyai Sijil Halal

on Friday 13 June 2014


Isu penemuan DNA babi dalam produk Cadbury baru saja selesai. Kini timbul pula isu dimana sebuah restoran di The Spring, Kuching didakwa menghidangkan sup babi.

Menurut penyebar gambar tersebut, dia mendakwa menemui kaki babi di dalam sebuah mangkuk sup. Serta merta dia memohon agar orang ramai yang khususnya beragama Islam berhati-hati dan tidak mengunjungi restoran di The Spring.

Penyebaran maklumat yang belum disahkan ini telah menimbulkan sedikit rasa panik penduduk beragama islam di Kuching.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Ah Ong berkata dia telah menghubungi pengurus Food Court The Spring yang menafikan dakwaan liar tersebut.

Menurut pengurus terbabit, gambar yang disebarkan itu bukanlah gambar kaki babi. Sebaliknya kaki lembu.


Namun menurut wartawan New Sarawak Tribune, dalam sidang mediahari ini, Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahmanmengesahkan SEMUA premis makanan di The Spring TIDAK mempunyai sijil halal.

10 Jun 2014 yang lalu, seorang pengguna bersama dua orang rakannya menikmati makanan di sebuah warung di Food Court The Spring. Dia berasa curiga dan mengesyaki menu Soto Ayam Semarang yang dipercayai dihidangkan menggunakan sup kaki babi, bukannya sapi.

Kecurigaan itu bertambah kuat apabila rakan si pengadu memberitahu tulang itu kelihatan meragukan. Tanpa membuang masa si pengadu terus meminta penjelasan dari kakitangan warung tersebut serta meminta menjenguk dapur mereka.

Apa yang ditemui oleh si pengadu, nyata amat mengejutkan kerana kepingan² daging sup tersebut langsung tidak menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.

Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang kakitangan premis tersebut didapati berbohong bilamana dia mendakwa dirinya seorang penganut agama Islam yang berasal dari Indonesia dan  berkahwin dengan orang tempatan berbangsa cina yang juga pemilik premis tersebut.

Hasil soaljawab dengan lelaki itu, mereka mendapati mereka juga mengusahakan sebuah premis makanan non halal yang terletak di Batu Tiga.

Masih tidak yakin dengan gambar bukti yang diperolehi, si pengadu menunjukkan gambar tersebut kepada seorang amoi cina yang kebetulan lalu di situ. Dengan pantas dia menjawab,

"Ini kaki babi leh"

Bagaimanapun pengadu telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) agar tindakan dan siasatan dijalankan bagi memastikan umat islam di negeri Sarawak tidak tertipu.

Umat islam di negeri Sarawak disarankan berhenti membeli makanan di premis makanan The Spring buat sementara waktu.
sumber: http://www.templateku.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved