Ngeri!!! Pemandu Lori Maut Dihempap Batu Konkrit

[x]

Ngeri!!! Pemandu Lori Maut Dihempap Batu Konkrit

on Monday 16 June 2014


KUANTAN – Seorang pemandu lori mengangkut tanah di sebuah tapak pembinaan di Muadzam Shah dekat Rompin maut selepas lori yang dipandunya dihempap batu konkrit petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, ASP Mohd Razali Razak berkata Ahmad Khussairie Saffari, 29, mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher, kepala dan tangan.



“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang sewaktu mangsa sedang menunggu giliran untuk mengangkut tanah. Bagaimanapun secara tiba-tiba, batu konkrit yang berada berhampiran lori mangsa menghempap kepala lori berkenaan menyebabkan mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah yang dimaklumkan tentang kejadian itu kemudiannya menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa dengan dibantu beberapa jentera berat.

Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan didapati telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. – BERNAMA
sumber: http://mynewshub.my/main
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved