ISTERI ANGGOTA POLIS MAUT DIGILIS LORI SIMEN

[x]

ISTERI ANGGOTA POLIS MAUT DIGILIS LORI SIMEN

on Friday 27 September 2013


 Isteri seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul maut selepas digilis sebuah lori simen di Jalan Sentul berhampiran Pusat Komersial Sentul Boulevard di sini hari ini.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Siti Rohani Mohamad, 30, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan lori simen tersebut.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menjemput anaknya di sebuah sekolah berdekatan lokasi kejadian.Rusli berkata pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
Mayat mangsa yang berasal dari Kerdau, Temerloh Pahang dibawa ke Hospital
Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami wanita tersebut, Koperal Azli Sham, 32, dari Bahagian
Risikan Jenayah (D4) IPD Sentul ketika ditemui di HKL berkata beliau menghubungi
isterinya tengah hari tadi meminta menjemput anak mereka dari sekolah.
"Kira-kira 20 minit kemudian, ada orang awam buat panggilan dan beritahu
isteri saya kemalangan..Saya bergegas ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi kejadian, saya lihat isteri terperosok bawah tayar lori,"katanya sedih.
sumber : http://www.terengganupostonline.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved