Isteri Mat Yo Menangis Mohon Maaf, Nafi Saman Pengawal Keselamatan

[x]

Isteri Mat Yo Menangis Mohon Maaf, Nafi Saman Pengawal Keselamatan

on Friday 27 September 2013

Setelah menjadi topik paling hangat di Malaysia minggu ini berikutan tersebarnya video pertengkaran antara isteri Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan, Siti Aisya Adam, akhirnya hari ini menerusi media, memohon maaf terhadap seluruh rakyat Malaysia.


"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Siti Aisya, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi wartawan BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Dalam pada itu, Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

#Kenapa harus minta maaf dengan rakyat Malaysia? Sepatutnya Siti Aisya kena minta maaf dengan pakcik Azman...kan lagi molek gitu...
Sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

NOOR AIZA JOHAN said...

Lawak lah bini Mat Yo ni...sudah terang lagi bersuluh. Terang terang dia yang maki pak cik dia nak salah orang lain. Mat Yo terbabit lah .....tengok saja kejadian tu....Lepas ini ramai yang tak minat Mat Yo lagi...prestasi bola sepak pun dah hambar......Tak boleh lah kedua dua nya nak berlagak jadi kaum Kerabat lepas ini...Tak sedar diri


27 September 2013 at 11:19

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved