Mat Yo Elak Jumpa Pihak Wartawan

[x]

Mat Yo Elak Jumpa Pihak Wartawan

on Friday 27 September 2013

 Usaha pihak wartawan untuk menemubual Mat Yo bagi mendapatkan ulasan klip video pertengkaran isterinya, Siti Aisya Adam, 24, dengan seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, baru-baru ini gagal apabila beliau dilihat cuba mengelak dari berjumpa dengan wartawan.


“Saya dah lambat,” itu reaksi penyerang bola sepak kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih dikenali sebagai Mat Yo ketika cuba didekati wakil media sebelum sesi latihan Johor Darul Takzim (JDT) berlangsung kira-kira jam 5 petang di Padang Seri Gelam, di sini, semalam.

Nor Shahrul Idlan Talaha kemudiannya berlalu pergi dan mengikuti sesi latihan bermula jam 5 petang hingga 6.30 petang.

Selepas tamat latihan dia sekali lagi dihampiri wakil media, namun gagal ditemu ramah kerana diiringi pengawal keselamatan sehingga ke tempat letak keretanya di pekarangan padang sebelum memandu meninggalkan lokasi.

Dalam pada itu, seorang pengawal keselamatan ketika ditemui berkata, dia diarahkan pemain posisi penyerang itu untuk mengiringi dan mengawalnya sejak tiga hari lalu.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved