Black & Cira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama?

[x]

Black & Cira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama?

on Friday 13 June 2014


Menurut sumber terdekat itu, Black dikatakan bakal bergelar bapa tak lama lagi kerana isterinya kini sedang hamil anak pertama. Wah! Betul ke?

Menurut sumber itu lagi, Black masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi, tetapi ada beberapa rakannya yang sudah pun tahu akan berita gembira ini.

Bagaimanapun, kami ada menghubungi Black semalam untuk mengetahui sejauh mana kebenaran berita tersebut. Namun, menurut isterinya, Black sedang sibuk.

Kami pun apa lagi, terus gunakan kesempatan yang ada untuk bertanya kepada Cira sendiri, tetapi dia enggan mengulas lanjut dan meminta kami bertanya sendiri kepada Black. Aduh, berteka-teki pula nampaknya.

Jika benar apa yang dikatakan, tahniah kami ucapkan kepada Black dan Cira. Maklumlah, perkara baik janganlah disorokkan. Tak gitu? Namun, jika ianya hanya khabar angin semata-mata, kami turut mendoakan agar Black cepat-cepat menimang cahaya mata.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved