Farhan Curang ~ Abby Abadi

[x]

Farhan Curang ~ Abby Abadi

on Saturday 14 June 2014

Kemelut yang melanda rumahtangga pasangan Abby Abadi dan Farhan bertambah kusut apabila kedua-dua pihak tampil mendedahkan beberapa bukti/perkara mengejutkan.

Terdahulu, Farhan mendakwa antara salah satu sebab beliau menceraikan Abby adalah kerana dirinya telah didera mental dan fizikal oleh Abby. Satu dakwaan yang dianggap kelakar oleh peminat di Malaysia.

Terkini, Abby pula mendakwa Farhan sebenarnya bermain kayu tiga dengannya. Perkara tersebut terbongkar apabila dia memeriksa telefon milik Farhan. Namun begitu, Abby enggan memberikan komen kepada media berkaitan isu tersebut.

“Saya tidak mahu komen berkenaan itu kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa” kata Abby kepada wartawan apabila diminta untuk mengulas lanjut tentang SMS tersebut.

“Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh” kata Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 tahun.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved