Hans Isaac Kunci Mulut Isu Putus Cinta Dengan Neelofa

[x]

Hans Isaac Kunci Mulut Isu Putus Cinta Dengan Neelofa

on Thursday 12 June 2014


Selama ini setiap kali kalau media mengusik dan bertanya tentang hubungan mesra mereka,Hans Isaac mahu pun Neelofa akan hanya menjawab yang hubungan mereka seperti biasa, baik baik saja namun tidak pernah mengesahkan yang mereka adalah pasangan kekasih.

Namun media dan kami kira ramai peminat di luar sana juga pasti boleh mengagak akan status hubungan dua ‘sahabat baik’ ini, bukan?

Bagaimanapun baru-baru ini timbul pula desas desus mengatakan hubungan cinta pelakon juga penerbit terkenal ini dengan Neelofa sudah pun berakhir.

“Saya tidak boleh komen tentang perkara itu. Saya rasa saya tak perlu komen”

“Fokus saya sekarang adalah pada perniagaan saya dan diri saya. Ada banyak lagi hal lain dan juga hal peribadi saya yang harus saya selesaikan,” ujar Hans Isaac.

“Saya rasa lebih baik berdiam. Biar saya simpan. Lebih baik hanya saya saja yang tahu. Saya tak mahu nanti dikata bercakap putar belit dengan anda semua. Saya hanya mahu bersikap jujur dengan anda semua,” itu jawapan ringkas Hans Isaac.
sumber: http://www.rotikaya.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved