Uqasha Senrose Dah Bertudung. Propa Atau Berubah?

[x]

Uqasha Senrose Dah Bertudung. Propa Atau Berubah?

on Wednesday 11 June 2014


Kalau korang semua pengikut dan peminat setia pelakon manis, Uqasha Senrose, anda pasti perasan akan perubahan yang ada pada gadis ini.

Mana taknya, sejak seminggu yang lalu, Uqasha atau lebih mesra disapa Sha ini telah mula memuat naik foto-fotonya berhijab. Manis dan menawan sangat!

Dek kerana itu, ada peminatnya yang mendoakan supaya Uqasha terus bertudung. Namun, ada juga peminatnya yang mempersoalkan tindakan tersebut dan menganggap Uqasha hanya propa semata-mata.

Uqasha kelihatan cantik manis bertudung

Kami pun, apa lagi, baik dengar penjelasan Uqasha sendiri dari dengar cakap-cakap ‘reporter’ tak bertauliah kan?

Ketika dihubungi, Uqasha memberitahu tindakannya bukanlah untuk mencari perhatian semata, tetapi dia bertudung kerana memegang watak yang sedang dilakonkannya.

Namun, tercengang juga kami apabila Uqasha mengakui dia kini lebih selesa bertudung dan meminta peminatnya supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya

Bertudung tu untuk penggambaran, propa apa bendanya? Doakan yang baik-baik saja, InsyaAllah. Sekarang ini tengah belajar lagi, slow-slow.

Saya taknak kecoh-kecoh tentang bertudung ni, sekarang pun dah mula belajar pakai fulltudung, InsyaAllah. Untuk lakonan pula saya ada request untuk memegang watak yang bertudung.

Alhamdulillah. Baguslah jika Uqasha dah betul-betul bersedia untuk berubah kan? Apapun, jom intai sikit foto gadis manis ini berhijab. Cantik sangat!
2
86
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved