Video Romantis Perkahwinan Jericho Rosales & Kim Jones

[x]

Video Romantis Perkahwinan Jericho Rosales & Kim Jones

on Friday 13 June 2014


 Aktor kacak dari Filipina, Jericho Rosales yang kini membintangi drama bersiri tempatan, Kusinero Cinta di saluran Maya HD hari ini telah berkongsi detik bahagia bersama isteri yang baru dinikahinya, Kim Jones pada 1 Mei lalu menerusi sebuah video romantis istimewa rakaman Bob Nicolas.

Sedutan video yang menampilkan persiapan hinggalah detik-detik bermakna perkahwinan diantara dua selebriti popular ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminat khususnya.

Populariti yang dilihat kembali diraih aktor ini selepas penampilannya dalam soap opera Pangako Sa` Yo membuatkan Murai turut terpanggil untuk kongsikan sedutan video tersebut.
Pasangan yang mengikat cinta mereka dengan ikrar taat setia pada 1 Mei di lokasi indah popular, Boracay setelah bertunang selama 8 bulan. Aktor itu melamar hos dan model kacukan Filipina-Australia pada Ogos lalu di Alabang sempena hari lahir wanita tersebut.

Menyifatkan pertemuan diantara dia dan Kim adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidupnya, bagi Jericho, wanita itu sangat menyanyanginya. Ditambah dengan kualiti yang ditonjolkan Kim menepati citarasa dan memenuhi kriteria wanita idaman Jericho.

“Dia menampilkan dirinya dengan gaya seorang gadis Filipina yang sejati, manis sekali,”ucap Jericho merujuk kepada isterinya yang berdarah kacukan dan sebelum ini banyak menghabiskan waktu di Australia.
sumber: http://www.murai.com.my/home
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved