Anniversary Setahun, Jehan Miskin Ke Korea Temui Keluarga Isteri

[x]

Anniversary Setahun, Jehan Miskin Ke Korea Temui Keluarga Isteri

on Thursday 19 June 2014


Setahun masa berlalu seperti baru sahaja mendengar khabar mengenai Jehan Miskin yang akan beristerikan gadis dari Korea Selatan bernama Julie Camelia Rhee.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka tersebut, pasangan bahagia ini sedang berlibur di Jepun dan juga negara asal Julie, Korea Selatan.

Melalui Instagram aktor berbadan sasa tersebut, mereka baru sahaja meninggalkan Jepun dan kini berada di Korea Selatan bersama-sama keluarga Julie termasuklah pasangan datuk dan nenek mereka yang berusia lebih 90 tahun. Antara lain adalah pertemuan Jehan dan Julie dengan ahli keluarga juga sebagai memohon restu kerana menerima Jehan ke dalam keluarga mereka serta mengambil berkat Harabuchi (datuk) Halmoney (nenek) dan berharap perkahwinan mereka juga kekal seperti kedua-dua mereka.
 


Untuk info tentang pasangan ini, Jehan, 34, mula bertemu dengan Julie, 29, seorang wanita berbangsa Korea sekitar lima tahun lalu di sebuah gimnasium di ibu kota.

Selepas tiga tahun, Jehan memilih Julie menjadi calon isteri yang diinginkannya dan telah melamar Julie pada tahun 2012 di Menara Seoul, Korea. Pasangan tersebut telah diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang di Carcosa Seri Negara.murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved