Kisah percintaan yang putus di tengah jalan antara Azwan Kombos & Nad Zainal bukanlah cerita baru lagi tetapi apa yang ingin diceritakan di sini ialah Azwan sendiri kini telah move on dengan apa yang telah terjadi kepadanya.
Bagi Azwan Kombos, dia akan terus mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya itu.
“Saya dah move on kalau boleh saya tidak mahu lagi memori tersebut melekat dalam minda dan mahu padam terus tetapi mustahil perkara itu berlaku. Saya doakan yang terbaik buat mereka”
Mengenai telahan yang dibuat sebelum ini mengenai hubungan antara Hefny Sahad & Nad Zainal ternyata benar belaka apabila mereka telah mengakui sedang hangat bercinta.
“Ya telahan saya sebelum ini sememangnya betul apabila mereka kini dikatakan sedang bercinta. Setakat ini saya tidak belum berjumpa lagi dengan Nad. Saya tahu cerita ini pun melalui media”
Azwan turut menjelaskan apabila terjadinya kisah putus cintanya bersama Nad Zainal emosinya sedikit terganggu dan lama-kelamaan dia sudah menerimanya dan lebih bersikap rasional. Dia turut memberitahu bahawa dia sudah penat mengenai semua ini dan hanya mampu untuk berdoa yang terbaik untuk mereka berdua.
“Mula-mula putus cinta saya rasa sedih dan marah sekali atas perpisahan yang terjadi ini. Tetapi lama-kelamaan saya sudah boleh menerimanya dan berfikir secara rasional. Lagipun saya sudah penat bercakap mengenai perkara ini dan saya doakan mereka bahagia”
“Buat masa sekarang ini saya sangat sibuk dengan penggambaran dan mengenai jodoh dia akan datang secara semulajadi. Buat masa sekarang tiada sesiapa lagi dalam hidup saya,“ katanya mengakhiri perbualan. Bagus untuk anda, ramai yang menanti di luar.
sumber: http://artismeletop.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment