KEMASKINI – Pukul 4.34 Petang
Pihak pengendali laman sosial popular dunia Facebook memaklumkan mereka menghadapi masalah apabila ada pengguna gagal memuatnaik maklumat, gambar dan status di Facebook sehingga menyebabkan ia tergendala.
Seorang wakil Facebook dalam satu kenyataan pendek berkata masalah itu telah berjaya diselesaikan dan Facebook sudah kembali seperti sediakala.
“Awal hari ini, kami mendapati ada isu yang membuatkan pengguna Facebook gagal mengemaskinikan akaun mereka untuk tempoh masa yang pendek, kami telah berjaya menyelesaikannya dan kini Facebook kembali,” katanya.
Pihak Facebook untuk memohon maaf di atas masalah teknikal yang berlaku kira-kira setengah jam itu.
Pada pukul 4 petang, secara tiba-tiba pengguna Facebook gagal mengakses akaun mereka selama kira-kira setengah jam dan ia difahamkan merupakan masalah yang dihadapi seluruh dunia.
Selain Malaysia, negara yang dikatakan turut terlibat dengan masalah teknikal Facebook selama 30 minit itu ialah Bangladesh, Thailand, Scotland, Malta dan Sepanyol.
Laman Facebook kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 4.35 petang.
BERITA TERDAHULU
Kira-kira pukul 4 petang hari ini, laman sosial terbesar dunia Facebook gagal dibuka dan mungkin menghadapi masalah teknikal.
Tidak diketahui adakah masalah berkenaan melibatkan melibatkan pengguna di seluruh dunia atau hanya di benua tertentu sahaja.
Laman Twitter portal berita di Singapura Channel News Asia, telah menulis tweet berkenaan masalah itu dan mereka juga dilaporkan menghadapi masalah yang sama dengan laman sosial itu.
Selepas kira-kira 10 minit berita ini ditulis, laman Facebook masih belum pulih.
Pengguna dimaklumkan laman web itu telah mengalami masalah.
“Maaf, laman web mengalami masalah, kami sedang cuba memperbaikinya secepat yang mungkin,” menurut tulisan yang tertera di laman sosial paling popular itu.
Ini adalah kali pertama, Facebook dilihat mengalami masalah teknikal sehingga melibatkan hampir keseluruhan jutaan penggunanya di seluruh dunia.
sumber: – MYNEWSHUB.MY
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment