Nur Fathia & Aiman Hakim berkelakuan sumbang

[x]

Nur Fathia & Aiman Hakim berkelakuan sumbang

on Friday, 27 December 2013


Bercinta sesama selebriti memang ada pahit manisnya tersendiri. Kalau dikatakan seronok memang ada benarnya juga sebab kedua-dua individu itu akan jadi perhatian media dan seterusnya meningkat tahap populariti secara mendadak.

Namun yang kurang eloknya ialah apabila seringkali timbul gosip-gosip liar yang tidak pasti kesahihannya. Inilah situasi yang sedang dialami oleh pasangan pelakon hebat Nur Fathia dan Aiman Hakim.

Baru-baru ini, orang ramai mendakwa melihat mereka berkelakuan sumbang di tempat awam. Mereka dikatakan terlalu mesra kerana melekat di mana-mana sahaja, berlangkas dan tanpa segan silu berpelukan erat.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Nur Fathia menafikan pernah berbuat demikian dan berasa pelik bagaimana gosip sedemikian boleh timbul.

“Tak adalah kami melekat saja. Kami masing-masing ada kerja sendiri. Saya pun tak tahu nak komen apa bila orang cakap kami terlalu mesra dan macam belangkas. Saya pun tak tahu macam mana boleh timbul benda ini.”

Menurut Fathia lagi atau nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 26, tidak mungkin mereka sanggup berlakuan sumbang di tempat awam kerana perbuatan itu hanya memalukan diri sendiri.

“Setahu saya, kami tidak pernah buat benda bukan-bukan dan tidak manis apatah lagi di tempat awam. Sudah tentu kami boleh fikir dan tahu batas-batasnya.”
”Bila orang dakwa kami selalu dilihat buat benda bukan-bukan, saya pun tak tahu nak komen macam mana. Apa pun saya hargai keprihatinan peminat dan akan lebih peka dalam tingkah-laku supaya disenangi.”
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved