Khalwat Dengan VIP, Neelofa Anggap Tuduhan Melampau

[x]

Khalwat Dengan VIP, Neelofa Anggap Tuduhan Melampau

on Saturday, 28 December 2013

 "Ini memang melampau. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis,"
"Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," kata pelakon Noor Neelofa Mohd Noor berhubung laporan media hari ini kononnya dia ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus VIP, malam Khamis lalu.

Tambah Neelofa lagi, tuduhan tidak berasas itu adalah sesuatu yang memalukan dan mencalar maruahnya sebagai wanita muslim.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu-menahu mengenai hal ini sehingga ia tersebar. Jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

"Untuk pengetahuan semua, sekarang saya berada luar negara untuk meneruskan pengajian dan berharap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel terbabit," katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada Harian Metro, sebentar tadi.

Menerusi beberapa laporan media hari ini, pengacara program MeleTop itu dituduh ditangkap berkhalwat dengan seorang usahawan berstatus kenamaan (VIP), malam Khamis lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Neelofa juga memuatnaik kenyataan tentang kes tangkap khalwatnya itu,

Tentang kenyataan yang menjatuhkan maruah saya yang kononnya saya di tangkap khalwat dalam media cetak & media elektronik hari ini, Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis & juga surat Jabatan Agama islam berserta saksi2.

Harap pihak wartawan BERUSAHA untuk mendapat maklumat yg betul dan sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa (jabatan agama & pihak polis) dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artist.

sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat , pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang, saya berada luar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas FITNAH dan atrikel tersebut. Terima kasih.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved