Tak percaya? Lihat sahaja foto-foto terbaru yang dikongsikan oleh Siti di laman Instagram miliknya. Sekeping foto berdua dengan sang suami sambil dibayangi cahaya malap dari matahari terbenam cukup membuktikan mereka sedang berbahagia.
Bukan sahaja keromantisan pasangan ini yang menjadi topik perbualan peminat, malah kemesraan Dato’ Siti dengan anak-anak bujang Datuk K turut mencuri perhatian pengikutnya di laman sosial tersebut.
Walaupun hubungan baik antara Siti dengan anak-anak tirinya sudah lama diketahui umum, namun peminat tetap juga meluahkan rasa gembira setiap kali Siti berkongsi fotonya sekeluarga.
Untuk pengetahuan anda, penyanyi tersohor negara ini telah berangkat ke Phuket, Thailand bersama suami tercinta dan anak-anak pada 22 Disember lepas untuk makan angin sambil meluangkan masa berharga bersama-sama.
sumber:http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment