Apa Nasib Saya Selepas Mati Nanti? – Mizz Nina

[x]

Apa Nasib Saya Selepas Mati Nanti? – Mizz Nina

on Monday, 30 December 2013

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?

Itulah antara kenyataan Mizz Nina kepada sebuah akhbar tempatan semalam. Umum tahu, pada penghujung bulan Oktober lepas kita telah dikejutkan dengan penampilan baru isteri kepada Noh (Hujan) ini.

Selepas pulang dari Mekah, Mizz Nina telah mengambil keputusan untuk memakai tudung selepas mengakui sudah dua tahun mempertimbangkan untuk berhijab.
“Ini bukan hal baru. Saya hampir dua tahun saya memikirkan untuk berhijab. Saya cuma mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan saya sedang cuba untuk ke arah itu.”

Nina dan Noh di sebuah anugerah sekitar November lepas

Nina menerusi laporan yang sama turut meminta agar tidak ada lagi pihak yang mempersoalkan tindakannya selepas ini.
“Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang Muslim.

?Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.”

Namun, apa yang masih membuat kami tertanya-tanya ialah, adakah Mizz Nina akan terus menyanyi selepas ini? Dan karya genre apakah pula yang akan dibawa olehnya?
Sumber : Utusan
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Haila Hassan said...

Sesungguhnya Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya..


31 December 2013 at 12:00

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved