Bangkai Kucing Dihidang Sebagai Daging Arnab

[x]

Bangkai Kucing Dihidang Sebagai Daging Arnab

on Friday 27 December 2013



SHANGHAI : Polis menyerbu sebuah rumah penyembelihan di bandar Huai’an yang dapati menjual daging kucing tetapi mendakwanya daging arnab kepada pengusaha restoran di wilayah Guangdong dan Guangxi.

Serbuan terbabit dilakukan selepas polis dan pegawai keselamatan makanan memperoleh maklumat mengenai kegiatan berkenaan.
Mereka menemui puluhan bangkai kucing tempatan yang sudah siap dibungkus di pusat penyembelihan palsu itu.

Akhbar Modern Express melaporkan, kepakaran pusat penyembelihan itu ialah menukar bangkai ribuan kucing menjadi perniagaan paling menguntungkan.

Terdapat sebahagian haiwan berkenaan dibiarkan hidup untuk dijual ke Guangdong dan Guangxi. Sementara yang lain disembelih atau dibiarkan mati sebelum dijual kepada resroran sebagai ‘daging arnab. – Agensi
sumber:http://braderpanas.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved