Lelaki Pelik Makan Cicak Untuk Hidup Lama

[x]

Lelaki Pelik Makan Cicak Untuk Hidup Lama

on Monday 30 December 2013


Bolivia –Rahsia umur panjang bagi seorang lelaki di Bolivia, iaitu manusia paling tua di dunia ialah dengan makan cicak.

Flores Laura yang berketurunan Aymara itu, berusia 123 tahun dan menetap di kawasan tasik Titicaca. Dia yang kematian isteri sejak sedekad lalu, tidak pernah jatuh sakit.

Flores mempunyai tiga anak dan satu-satunya anaknya yang masih hidup adalah Cecilla yang kini sudah berusia 67 tahun. Meskipun hidup sendirian namun Flores mempunyai keluarga yang besar dan dikelilingi oleh 40 cucu serta, 19 cicit.

The Guinness World Records sebelum ini menyatakan bahawa manusia paling tua di dunia adalah seorang wanita dari Jepun iaitu Misao Okawa yang berusia 115 tahun.

Bagaimanapun selepas sijil lahir Flores Laura ditemui, ia tertulis bahawa lelaki itu dilahirkan pada 16 Julai 1890, sekali gus membolehkannya diisytihar sebagai lelaki paling tua di dunia.
'




sumber; http://whitekopii.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved