Pemain remaja termahal dunia, Wayne Harrison meninggal

[x]

Pemain remaja termahal dunia, Wayne Harrison meninggal

on Friday 27 December 2013

LIVERPOOL: Wayne Harrison, yang pernah menandatangani kontrak bersama Liverpool bernilai £250,000 (299,000 Euro), yang menjadikannya pemain remaja termahal dunia sebelum kerjaya bola sepaknya merudum, meninggal dunia pada usia 46 tahun.

Akhbar tempatan, Liverpool Echo melaporkan hari ini, Harrison yang bersara pada 1991, menderita kerana menghidap penyakit pankreas, meninggal di hospital pada sambutan Krismas, semalam.
Harrison menjadi perhatian apabila berpindah ke Liverpool dari Oldham pada 1985 yang ketika itu berusia 17 tahun. Dia bagaimapun hanya Berjaya beraksi untuk pasukan utama Liverpool lima kali saja.

Ketika bermain pertama kali di Anfield, dia terjatuh dan ketika itu perkhidmatan ambulans mogok sehingga beliau hampir menemui ajal kerana kehilangan darah yang banyak.

Pada usia 22 tahun, beliau mengalami kecederaan lutut sehingga mengakhiri kariernya. - AFP
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved