Fenomena Awan Tsunami serang Virginia

[x]

Fenomena Awan Tsunami serang Virginia

on Thursday, 26 December 2013


 Sejak beberapa hari kebelakangan ini, banyak fenomena pelik dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia. Hanya tiga hari lalu, daerah Lahad Datu dikejutkan dengan pendaratan ribuan ikan tamban di Pantai Tambisan sehingga mencetuskan spekulasi bencana Tsunami bakal berlaku nanti.

Tidak lama selepas itu, Harakahdaily melaporkan pendaratan jutaan kerang yang sebenarnya berlaku di Pantai Mesir seminggu lalu dan menwujudkan kekeliruan di kalangan penggiat laman sosial dan blog.

Semalam, seorang pemilik akaun Twitter telah berkongsi status dan sekeping gambar yang mendakwa berlaku pula fenomena pendaratan ribuan ikan lumba-lumba dan semua jenis ikan laut lain termasuk ketam di pelantar minyak Perairan Terengganu. Apapun, dakwaan ini tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana tiada sebarang video disertakan.

Sementara kejadian terbaru di Virginia, Amerika Syarikat, satu lagi fenomena pelik turut berlaku. Kali ini kejadian itu ialah serangan Awan Tsunami yang jelas kelihatan seperti membaham kawasan perumahan di sekitarnya.

Mari layan gambar-gambar di bawah untuk melihat bentuk serangan Awan Tsunami yang lebih jelas dan cukup menakutkan.










sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved